Album Realisma (1992) Meditasi (kumpulan muzik)

Album ketiga kumpulan Meditasi ini diterbitkan pada tahun 1992, juga di bawah label PMI (Perdana Muzikal Industri). Ini merupakan album terakhir mereka di bawah label tersebut kerana ternyata masalah yang melanda PMI (Perdana Muzikal Industri) sedikit sebanyak turut mengganggu kelancara promosi, dan dengan itu sambutan pada album ketiga mereka ini. Berikutan dengan itu, beberapa anggota kumpulan ini mengundurkan diri, membawa haluan masing-masing.